Southern Thailand part I

***

22 Disember 2015

“Ok, semua dah siap? Beg semua dah siap letak dalam bonet? Kalau dah, someone baca doa naik kenderaan.”

Macam biasa, niat musafir dulu then baca doa. Dalam hati aku, semoga perjalanan ni selamat pergi balik. Mana tahu lah kan, ajal bila-bila masa je. Ha, mesti korang pelik kan apasal lah Safiani ni pergi Selatan Thailand. Dahlah pergi wilayah bergolak, mana tahu ada terrorist attack ke en.

Haha. Itu rahsia keluarga. Paham-paham jelah agenda orang Malaysia kalau ke sana. Uish, tak boleh cerita lebih-lebih. Nanti kantoi hehe.

Macam biasa, agenda aku kalau trip malam ialah…..tidur. Alhamdulillah trip kali ni aku tak jadi co-pilot, memang tak layak pun. Tapi bukan main susah betul nak lelap, entah kenapa. At last, terlelap jugak after lepas sempadan Selangor-Perak. Kemain excited kau Saf. Lol. Ok sambung cerita. Then, dalam pukul 2 pagi, stop dekat Ladang Serkam sebab tukar driver. Cadangnya nak lelap mata kejap, tapi fail. Urghh. Observe orang jelah akhirnya, dahlah kereta park depan toilet lelaki     -___-

Then, dalam pukul 3 pagi camtu, back on the road. As usual, lori/treler bergelimpangan dekat bahu jalan. Kadang-kadang aku terpikir, mesti penat kerja pemandu lori. Dahlah bawak beban berat, pastu jadi mangsa kutukan pengguna highway. Tapi, betul jugak yang lori ke treler sama je. Laju nak mampos dekat highway malam-malam. Lagi-lagi dekat area Terowong Menora. Lalu situ je mesti cemas. Jalan dia macam haram, tapi LPT dekat Genting Sempah laaaaagi seram beb. Kau either kena laju betul atau slow betul. Lol abaikan ayat aku tu. Tu auta je k.

Exit Kuala Kangsar 3KM

Since family aku pergi secara konvoi (alah 3 kereta je), so slow and steady je. Sempat lalu area Kuala Kangsar, not bad tapi tak lalu bandar pun. Lulz. Bersandarkan arahan, kitaorang ikut jalan menghala ke Gerik then masuk Pengkalan Hulu. Pengkalan Hulu is a nice town, aman damai, and aku sempat perhatikan sekumpulan makcik yang menari aerobik pagi tu. Fit Malaysia, alhamdulillah. Hahaha.

23 Disember 2015

Breakfast 30 minit then gerak ke border.

IMG-20151225-WA0029
Bye Malaysiaaaa
IMG-20151225-WA0027
Hello Thailand! Bangunan kat seberang sana tulah imigresen Thailand.

Kalau aku tak silap, Malaysia-Thailand ada 4 borders yang korang boleh lalu. Padang Besar-Sadao, Bukit Kayu Hitam-Sadao, Pengkalan Hulu-Betong and last sekali Rantau Panjang-Sungai Golok. Kalau silap, betulkan aku. Excited jugak nak cross border ni, feeling dia lain dari cross border JB-Singapura. Singapura tu bandar maju, so takyah risau sangat. Thailand lain rasa dia beb.

Mostly, otw ke imigresen Betong ni lalu jalan berbukit. Dalam pukul 9 pagi (waktu Malaysia), sampai situ. Dengan muka tak mandi, pergi ambik borang semua then isi. Pastu sempat usha orang Thailand yang nak balik negara diorang balik. Konklusinya, perempuan Thailand sama je iras dengan orang Malaysia, just lebih putih lepak. Lelaki Thai pulak muka typical orang Southeast Asia. Ni mesti ada yang kerja tukang masak dekat Malaysia en. Hehhehe ke situ pulak aku.

Time tengah beratur nak cop passport, ibu aku remind selitkan RM2 dalam passport. Aku pikir ni mesti duit kopi, tapi kita mesti bersangka baik, so aku anggap ni cukai diorang. Tapi orang sana kena bayar RM1 lak. Mana aci en. Hmmm tak kisahlah, yang penting 30 minit lepas tu, everything settle. Geran kereta dah siap check and semua passport bercop 🙂 Gembiralah hati tengok ada cop yeay! Tipulah kalau kau tak rasa macam tu kann 😛

#kasicanlah #ceritabersambung #staytuned

-To be continued-

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “Southern Thailand part I

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s